Tuesday, 6 November 2012

good vs evil


assalamualaikum . hello buddies , hope you keep well and health . okay , hari ni saya nak cakap mengenai tajuk yang ingin saya bicarakan iaitu ' baik vs jahat ' . korang rasa yang mana patut dipilih ? ha , sebelum tu , meh saya nak kasi maksud ' baik vs jahat ' ni dan terangkan apa yang sepatutnya ya ?

sebagaimana korang yang dah arif pasal ni , baik itu ialah perkara yang dilakukan mengikut jalan yang betul dan tepat seperti menggunakan akal untuk berfikir dan bertindak secara rasional serta dapat membuahkan hasil yang cukup baik dan teratur dalam menangani masalah . baik juga merupakan sifat - sifat positif pada seseorang seperti baik hati , jujur dan sewaktu dengannya . dalam islam menggalakkan semua hamba ALLAH SWT berbuat baik kepada semua makhluk tidak kira haiwan atau tumbuh - tumbuhan dan semestinya melebihkan kebaikan kepada insan bergelar manusia .

jahat pula , mestilah sifat yang berlawanan dengan baik yang telah saya terangkan tadi . jahat juga perkara yang buruk bakal berlaku kepada penjahat kerana setiap perbuatan jahat mereka , pasti menyakitkan hati orang ramai kan ? oleh sebab doa - doa yang teraniaya telah dimakbulkan oleh - NYA , mereka menerima balasan yang setimpalnya . 


tadikan , saya ada terbaca satu status rakan di facebook . perkara tu ada kena - mengena dengan 'good vs evil' ni lah . okay , dia ada cakaplah yang dia ni jenis tak gunalah , tak makan saman or whateverlah . and then she told that she not okay at all for what she did . in good way , she doesn't get anything like reward or best reply from anyone . in bad way , just same . and lastly , she said , wanna life so hard , wanna die damb hard . so she doesn't know what she should do in her life or maybe she wanna die . so its get better . for her opinion i think ...

okaylah , pada pendapat saya , kenapa mesti pilih jalan buruk ? susah sangat ke nak buat baik kat semua orang ? kalau ya lah tak tahan dengan dugaan , berserah kepada ALLAH . orang zaman sekarang , suka sangat ikutkan perasaan yang kadang - kadang suruh buat benda tak logik dan tak boleh diterima akal . ALLAH dah beri akal fikiran , gunalah sebaik - baiknya . ALLAH mengurniakan hati dan perasaan pasti ada sebabnya , kerana ALLAH nak kita semua rasa nikmat gembira , sedih , marah , kecewa dan sebagainya . ALLAH takkan tergamak buat kita seperti ' Robot ' yang heartless .

okay , saya nak beri contohlah pasal cinta zaman kini . for your information , pembuangan bayi semakin berleluasa di mana - mana tempat . sebab apa ? cinta . ish ish ish . pembuangan bayi ada satu sebab je . tak nak dapat malu . okay , memanglah dapat malu tetapi kita kenalah hadapi kenyataan bahawa kita insan yang perlu menghadapi dugaan ini . maksiat berlaku di mana - mana , zina pun sudah menjadi perkara biasa buat para - para remaja yang kurang didikan agama dan akhlak . kalau korang pernah ' buat ' sekalipun , bertaubatlah segera dan belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama . guna akal fikiran korang . khas untuk wanita , ingatlah diri sendiri . kalau anda gugurkan bayi tu , anda dapat dosa ' free ' tau . ingat dosa kecil ke ? daripada anda buang bayi tu , baik anda jaga ia dengan baik dan penuh kasih sayang dan segera bertaubat kepada ALLAH . jangan ikutkan perasaan 100% kerana hati dan jiwa akan bertambah rosak dengan permainan perasaan . bayi dibunuh , diri sendiri pun dibunuh . lailahailallah . remember , walaupun kita terpaksa hadapi tohmahan dan cacian orang kerana ' perbuatan ' kita itu , sekurang - kurangnya kita tidak mematikan nyawa yang ALLAH telah kurniakan untuk kita . bayi itu tidak berdosa ...


" fikirlah perasaan bayi yang tidak berdosa atas perbuatan terkutuk sendiri "

and satu lagi example , running away from home and life . whhhooooaaaaa !!! banyak terjadi pada masyarakat di seluruh dunia termasuk negara Malaysia yang tercinta . kes - kes sebegini berlaku disebabkan tekanan perasaan seseorang dan biasanya berlaku pada teenagers lah . darah panas , jiwa mudalah kononnya , suka memberontak dan sebagainya . and then , parents marah sikit mulalah buat drama . ambik beg pastu berambus . okay please stop for being silly . tolonglah fikir rasional . apa ganjaran korang dapat lari dari rumah ni . keseronokan ? mungkin dalam 10% peratus je tapi korang tetap akan rasa seksa sebab korang dah sakitkan hati parents korang dan menyusahkan mereka . sebab tu lah jangan ikutkan perasaan sangat sebab akan buat kita jadi seorang yang bertindak melulu dan terburu - buru . 


okay , sampai sini je lah saya nak pot - pet - pot - pet . harap korang dapat belajar sesuatu yang baru okay ? saya bukan nak mengutuk insan yang pernah melakukan perkara sebegini . tapi disebabkan sayang saya pada semua makhluklah saya buat entri yang agak ' kejam ' bunyinya . by the way , saya nak minta maaf jika saya terkasar bahasa dan saya tak ada niat nak memalukan sesiapa . cuma sekadar nasihat kepada rakan - rakan dan ingatan kepada diri - sendiri yang masih jahil . okay , bai bai ...

p / s : before you tick ' X ' , check out this picture and choose the best way to do in your life today and soon ...